[ BISNES SUAMI ISTERI KONFEM BERJAYA? ]



Ada yang tanya, adakah semua suami isteri kalau berbisnes bersama konfem boleh berjaya? 

Macam ni ye, ni pendapat saya. Melalui pengalaman berbisnes selama 8 tahun buat bisnes kek ni...kami tengok, siapa yang berbisnes sama-sama suami isteri, insyaallah nampak progresnya sangat bagus.

Tapi tak semestinyalah perlu ada suami atau isteri...Kadang-kadang pasangan kita minat bisnes kapal selam contohnya...Sori la dia nak jual kek..Bawak bakul pulak tu..he he he

Kalau pasangan tak berminat, cari je kawan sebagai bisnes partner. Takkan tak ada kawan yang berminat..Saya pelik jugak kalau ada yang kata tak ada kawan yang berminat. Kesiannn...ni mesti jenis kawan-kawan semua nak lari ni..Selfish ke, bossy ke...semua takut nak bekerja dengan orang macam ni.

Dan, bagi pasangan suami isteri pulak...tengok jugak.Bukan semua boleh..Tengok situasi you all sekarang dulu...Kalau rumahtangga aman damai (sekali sekala je bertengkar), boleh give and take..Suami boleh tolong gi beli susu dan pampers anak..Isteri pulak, boleh picit kaki suami..Kalau macam tu situasi rumahtangga you, insyaallah bila berbisnes nanti mudah..

Tapiiiiiii...

Kalau rumahtangga sekarang pun tak aman, sampai jiran pun tahu...ye lah macamana jiran tak tahu, bila suami balik je isteri jadi meroyan jerit sana sini...tak malu langsung kat jiran-jiran...Kalau macam ni lah keadaannya, ditakuti bila berbisnes nanti...perghhhhh....agak mencabar...ditakuti, bila berbisnes bersama, bukan rumahtangga semakin baik, tapi disaster pulak jadinya..

Ada yang awal-awal lagi, belum apa-apa ni...dah gaduh pasal nama produk dia. Isteri rasa patut letak nama dia sebab dia yang buat kuih tu...suami pulak kata..kalau nak dia join sekali, kena letak nama dia...Waduhhhh....Itu pun nak gaduh?..

WALLAHU'ALAM....

Selamat bercuti bersama keluarga...Jangan lupa berselawat dan beristighfar kay