Good sharing from my mentor DAO
10 sebab kenapa saya kata anda "Bangang" jika anda termasuk dalam beberapa jenis manusia ini:-
1- Masih belum mulakan berniaga. Samada produk sendiri, perkhidmatan sendiri atau memasarkan produk/ perkhidmatan orang lain, walaupun dah hadir Nenek Seminar.
2- Seronok kerja membeli produk atau perkhidmatan orang lain dengan niat "Kesian" atau "nak tolong dia".
3- Join group whatsapp atau FB group yang anda tidak kenali dan kemudian anda join serta sukarela membeli barang atau stok yang anda tidak perlukan atau menjadi ahli kerana "kesian dia".
4- Nak pasang 1 banner pun ambil masa 12 bulan nak fikir apa ayatnya. Dan disebabkan tidak tahu apa ayatnya, maka anda batalkan hasrat nak gantung banner.
5- Bersemangat hanya sekejap untuk lancarkan marketing campaign. Sekarang dah "sejuk".
6- Salahkan saya kerana anda baru cetak satu flyer dan tidak ada orang call. Cetak jer..... Tak distribute pun.
7- Seronok tengok orang bertindak dan dapat hasil. Seronok siasat apa orang lain buat dan anda pun teruskan tidur.
8- Masih sedang cari modal dari kerajaan sebanyak RM500,000 untuk mulakan perniagaan karipap.
9- Tak suka kongsi dengan orang di FB tentang apa yang anda boleh bantu. Suka post status tentang perkara yang tidak mendatangkan hasil.
10- Suka tanya pendapat tentang berniaga dari orang yang berniaga pun tak atau berniaga pun tak ke mana sangat. Anda tanya orang yang kerja makan gaji tiada ilmu berniaga & marketing tentang patut tak anda pasang banner untuk promote bisnes dan dia jawab "buang duit", anda "bangang" 10 markah penuh di situ jika anda dengar cakap dia.
#DrAzizanOsman
Bangang x bangang...memang bangang la orang camni.