SIMKK - LIYANA AKMAL KAKI PRINTING


https://www.facebook.com/liyanakmal?fref=ts


1) Diri kita adalah MAGNET. Apa yang kita tarik dengan magnet yang ada pada diri kita ni? Perkara positif atau negatif? Magnet diri kita ni terbahagi kepada 4 jenis iaitu :

- Magnet Fikiran. 
- Magnet Perasaan.
- Magnet Perkataan. (kata-kata)
- Magnet Perbuatan.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku selalu menyertainya sepanjang ia ingat kepada-Ku.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Sebab itulah, kita betul-betul kena jaga magnet kita ni, sebab apa yang kita FIKIR, apa yang kita RASA, apa yang kita CAKAP, dan apa yang kita BUAT adalah DOA! Allah kan mengikut sangkaan kita. Kalau kita fikir baik, maka pasti perkara baiklah yang berlaku. kalau kit cakap perkara tak baik, haa..tak baiklah yang berlaku. jaga lidah kita tau! jangan cakap sebarangan je.. faham?

2) Prinsip asas dalam kejayaan dan kekayaan adalah dengan BERSYUKUR. Kenapa pentingnya bersyukur ni? 

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Prinsip bersyukur inilah merupakan formula asas dalam proses menggandakan rezeki kita. Bila senang kita bersyukur, bila susah kita bersyukur. Betapa sikitnya kita bersyukur. Cuba tengok berapa kali diulang ayat yang sama dalam surah al-Luqman tentang syukur ni? 

“Alhamdulillah... syukur ya Allah, aku masih bernafas saat aku membaca status ini!” 

3) “Are you LIVING your dreams or LEAVING your dreams?” Soalan sentap ini ditanya oleh Dr. Azizan semalam. Adakah kita hidup dalam impian kita atau meninggalkannya? Kalau betul kita hidup dalam impian kita, apa yang kita sedang buat sekarang? Bermanfaat tak hidup kita sekarang ni?

4) Rahsia selawat. Berapa kali kita selawat dalam sehari? Kalau tak selawat tu masalah besar. Dalam solat pun kita selawat. Besarnya rahsia dan nikmat selawat ni. Ada satu insiden tak best yang berlaku pada kami selepas selesai seminar ni tau! Kami diuji oleh Allah dengan satu ujian yang tidak diduga. Di lot parking SACC Mall semalam. Alhamdulillah, ramai yang datang menghulurkan bantuan. Namun, masih tak dapat diselesaikan. 

Masa tu kami dah stress sangat dah. Nak kejar time lagi ni, client dah call dan banyak lagi program selepas habis seminar ni. Dalam saat tu, apa yang kami buat, tarik nafas dalam-dalam dan selawat sama-sama. Ya Allah..nak tau tak apa yang berlaku? Terus Allah hantar bantuan time tu juga. Insiden yang tak best tu terus jadi best tiba-tiba hanya setelah kami berselawat! Magik sungguh selawat ni! 

Dr.Azizan nasihatkan banyakkan berselawat, kalau boleh paling kurang pun 1000 kali sehari. Start dari hari ni, mari kita sama-sama selawat. Nak cari barang hilang, selawat, nak bangun tidur selawat, nak tidur pun selawat, nak pergi kerja pun selawat. Amalkan. 

5) Formula MAGNET.

M - MATLAMAT. (goal setting) tulis matlamat dengan jelas! Tulis kan percuma, tak perlu bayar pun! 

- MENTOR. Bergurulah untuk menuntut ilmu.

A – ATTRACTION. Apa yang kita attract? Adakah kejayaan atau kegagalan? Kalau dok tarik kegagalan ja mesti ada benda yang tak kena, diri kita yang tak align betul-betul tu.

Kalau kita attarct positive thing, maka positif lah yang selalu menarik kita. Kalau kita attract kekayaan, maka kekayaanlah yang akan pada kita. Sebenarnya, pendapatan (income) kita sekarang ni mengikut tahap otak dan mentaliti kita sekarang. Kalau minda kecil, income pun kecillah. Kalau mentaliti kita besar, tak mustahillah income kita besar dan akan jadi lebih besar. 

Kita nak attract 5K iaitu = kebahagiaan, kesihatan, keberkatan, kekayaan dan kejayaan.

ATTITUDE. Bagaimana sikap kita? Kalau nak jadi orang berjaya, bagaimana sikap kita sekarang? Macam orang berjaya atau tak? Kalau cara jalan pun tak kena, macam mana nak yang lainnya kan? Bila kita dah start ubah ATTITUDE ni, tengoklah, hidup kita akan start berubah. 

G – GIGIH. Orang yang berjaya ni akan bersungguh-sungguh dengan apa yang dia buat. 

“GOAL GETTER” – orang berjaya bukan penunggu, tapi dia akan terus buat tanpa bertangguh.!

N – NETWORK. Kita perlu ada network yang best. Ada ‘circle of friend’ yang kita bina. Banyakkan kenal dengan orang-orang yang positif. Jangan buang masa lagi, terus remove orang-orang yang negatif. 

E-Elmu. (Emosi dan Ilmu) pentingnya bila kita pandai mengawal emosi. The power of emotion ni lah yang akan membawa kita ke destinasi yang kita nak dengan lebih pantas. Orang yang berjaya ni tak boleh nak touching touching sangat. Kena tegur pun dah tarik muka seposen, orang kritik pun dah naik darah. Kalau ada macam tu, kena align balik emosi ada ni. Bukan emosi yang control kita, tapi kita yang control emosi. Faham?

T – Tindakan. Tak berguna sezarah pun ilmu kalau tak ada tindakan. Dengan tindakan lah yang akan membuktikan di mana kita sekarang dan masa akan datang. Fast action, fast result. 

TAWAKKAL – setelah kita bertindak dan berusaha dengan gigih ni, barulah tawakkal kepada Allah. Berserahlah kepada-NYA. Tanpa izin Allah, sezarah pun takkan jadi walaupun kita dah tergolek berusaha. 

6) Kata Dr.Azizan, ciri-ciri orang berjaya ni ada 5 jenis ‘s’ iaitu banyak sedekah, syukur dan sujud, selawat, dan suci! Banyakkan ‘S’ ni kalau kita nak berjaya di dunia dan akhirat. 

Dunia ni adalah tapak dan ladang semaian kita untuk akhirat tau. So, siapa cakap duit takleh bawak mati? Dengan duitlah kita boleh banyak bersedekah, dan membantu orang lain! Dengan duitlah yang akan membuka paip saham akhirat kita dengan lebih banyak. Kan best bila ada duit yang banyak, kita boleh banyak membantu orang lain? Kalau dengan duit boleh lupa diri, itu bukan masalah duit, tapi masalah orang yang lupa diri tu! 


Sekian sahaja. saya doakan anda semua adalah jutawan yang demawan yang akan membantu dan bermanfaat kepada lebih ramai orang lagi! amin.!