YES, YES, YES AKULAH GRADUAN UNIVERSITI


[YES, YES, YES AKULAH GRADUAN UNIVERSITI]

Pertama kali nak ucapkan banyak-banyak subhanallah, subhanalah, subhanallah. Kenapa nak ucapkan subhanallah? nak tahu tak? Rupanya yang selama ini aku katakan aku ni graduan universiti bidang accounting gitu , hanya perapkan sijil dalam fail. Dulu fail yang ada sijil tu lah ke hulu ke hilir nak mohon kerja. Alhamdulillah, tahun 2007 rasa diri ini bertuah la sangat!! Nak tahu lagi pasal apa? Sebab tahun 2007 , 15 Ogos 2007 diterima masuk kerja bawah kerajaan negeri sebagai pembantu kewangan gred W17. Syukur yang amat sangat!!!

Tahun 2007 masuk kerja dgn diploma sebagai pembantu kewangan, dah rasa bertuah gilalah..orang gila pon tak rasa bertuah mcm nani tau..yer ker. Dgn gaji permulaan masa tu dalam RM800 lebih rasanya tambah elaun boleh la dalam RM1500.00 , rasa banyak sangat. Dapatlah, HUTANG beli Myvi. Ahmadulillah.

Tahun 2008 bulan 9 mohon nak upgrade kerja dgn gov lagi ini, kali ini maju setapak gaji tambah tolak RM 4K lebih rasanya. Syukur. Hidup banyak berubah, dapatlah berkongsi dgn ramai orang hasil gaji yang banyak sangat ini. Lama kelamaan rasa sesuatu dalam diri, tiada ada kebebasan masa yang boleh mendekatkan diri dgn keluarga serta yang utama iaitu MAHA PENCIPTA. Timbul dah kesedaran masa ini awal tahun 2013. 

Tahu beberapa seminar yang mungkin dapat mengubah hidup. Maka dgn sokongan suami kami daftar beberapa seminar. Dapat nota bagai-bagai. Pergi seminar balik berkobar-kobar u alls tau tak. Dah dapat nota tu macam dapat sijil masa konvokesyen lah.Dapat simpan buat tukun dalam almari. Hahahaaha sebab rasa diri ini pandainya , ilmu dah cukup . Otak dah sangat pandai dan cekap. Sekali dengar masuk dalam kepala hotak! Rupanya SALAH!!! Satu masa terfikir , awatlah buat 'sesuatu' tu tak berapa nak menjadi. Rupanya ilmu mentor ajar tak praktikkan sebaiknya. Kalau di beri tips 400 pun tak baca, dan baca manalah boleh ingat. Hentam kromo jer tak kemana! nyesal owhhhh........

Rupanya , siapa pun kita kalau dah ada ilmu ada MASTER ke, Degree ke, Diploma ke, kalau tak praktikkan mmg kita bukanlah orang yang BERJAYA sebenarnya. Akui tak? Sesiapa pon boleh ada macam2 slip / sijil..sebab masa kat universiti baca buku, dah tu masa exam pulun hingga lewat malam, esok keluarkan. Senang jer..sebab fokus masa tu nak lulus exam jer! Berjaya ke macam tu. Bersedia ke kita nak apply dalam hidup. Ini tanya diri sendiri.heheheh

Kini perasaan yang PERASAN owh akulah graduan universiti dah lenyap sebenarnya. Sebab BARU sedar, kalau aku graduan universiti apa ilmu yang aku applykan???? Sekarang dah timbul kesedaran barulah pikir nak move selangkah lagi dgn bekalan ilmu daripada mentor yang berjaya. Nak berjaya kena follow orang yang berjaya, betul tak? Nyesal tak guna, sebab di sebalik yang berlaku ada kebaikan yang Allah s.w.t nak bgtau kita. 

Sama-sama kita renungkan , adakah ilmu kita di universiti boleh melonjakkan hidup kita kepada kebaikan mahupun kekayaan yang boleh membawa kita membantu lebih ramai orang? Sama-sama kita muhasabah diri. Apa juga jawapan kita kena set kan bahawa mulai hari ini aku akan cuba membantu lebih ramai orang dengan kudrat yang Allah s.w.t bagi. Terutama keluarga kita, mak ayah kita serta adik beradik kita.

Tips berguna :
Ilmu yang didak digunakan ibarat pohon kayu yang tidak berbuah.

Ayyuhal Walad karangan Imam Al - Ghazali, nasihatnya iaitu ilmu itu tidak bermanfaat kecuali bila sudah diamalkan.

Semoga ianya bermanfaat untuk iman dan diri kita semua. InsyaAllah.
Sama-sama kita berusaha ke arah kejayaan dunia dan akhirat. 

Ummi Nani - 

http://www.magnet2013.com/