THE POWER OF SEDEKAH

Assalamualaikum
Apa khabar kepada semua blogger sekalianyer.
Hari ini terpanggil utk sharing sesuatu yg dikatakan "the power of sedekah. Senang cakap sedekah sebab semua orang faham kan..

1st nak cerita,  7hb oct 2013..seawal jam 4 pagi kami suami isteri bangun utk berdating dgn kekasih kami.selesai memohon petunjuk dr-NYA,kami mulakan langkah dan usaha kami utk memasang bunting sepanjang JALAN BANGI. ALHAMDULILLAH...

Selesai kami pasang sebanyak 12 bunting di sepanjang JALAN BANGI LAMA menuju ke SEMENYIH SENTRAL. Apa agaknya perasaan kami masa tu yer.. Cer teka..?? Mestilah semua positif kan..sebab apa kita fikir..kita rasa semua tu kan DOA. DOA yang baik-baik belaka.
Siangnya kami teruskan usaha berniaga seperti biasa. Usaha kami berbekalkan ilmu IMKK dan AMP#7 oleh sifu DR AZIZAN OSMAN. Sekarang masa utk aplikasi ilmu kami.. Bukan senang nak senang..apa yng kami lakukan hanya kerana niat yang satu.(nnt ada masa share pasal niat).

Selesai masak adalah masa utk berehat-rehat dan fokus kepada pelajaran anak yang masih kecil. Sebelum tu,suami keluar ke SEMENYIH SENTRAL untuk dapatkan beberapa barang keperluan. Suami rajin dan teruja nak melihat hasil gantungan bunting di setiap pelusuk yang digantung. Alhamdulillah...semuanya okay..CUMA 1 shj yang terjatuh..akibat di rentap..bagi kami xper la..sebab sesuatu yg berlaku itu ada hikmahnya.

Nak jadikan cerita,petang kami hantar NASI AYAM MADU ke tapak kedai.Hari ini kami mulakan seawal jam 3 ptg. Dan selepas tu kami habiskan masa melayan buah hati kami bermain badminton. Sesibuk mana kita,anugerah paling penting adalah anak-anak. So,masa yang singkat digunakan sebaiknya utk anak kami.
Sebaik hbs masa utk bermain,kami terus berdating dan berjumpa boss UTAMA kami. Seruan dah tiba. Kami teruskan dgn solat asar dan berdoa kpd yang ESA. ALHAMDULILLAH, segalanya dibalas segera oleh Allah s.w.t.

Jam 615ptg kami menghala untuk angkat barang. Bagi kami semoga semuanya selesai dan dipermudahkan. Masa ini kami terima panggilan dr penama KAK YONG. Kak yong nak order utk 200 orang makan!!! Ya allah.s.wt betapa gembira dgn rasa syukur yang amat sgt kepada ALLAH S.W.T. terasa penat dan lelah dibalas dgn sgtlah senang. Kunci kepada rezeki yang melimpah ruah adalah,SEDEKAH.
Berapa yang kita sedekahkan dgn ikhlas ALLAH S.W.T akan balas 10x ganda. Syukur2x.. Masa ni suami ckp..jgn takut nak sedekah. Kita kena beri dahulu dan selepas itu ALLAH S.W.T tahu bila masanya akan beri kita rezeki.

Rezeki kenal di mana alamat tuannya. Syukur2x...alhamdulillah.. Semoga setiap langkah kami dalam perniagaan selepas ini akan di permudahkan oleh ALLAH S.W.T.

SEDEKAH.SEDEKAH.SEDEKAH.


-  Umminani -
https://www.facebook.com/umminani
Published with Blogger-droid v2.0.10