Training berjalan

Salam jumaat kawan2 blogger.
Apa aktiviti hari ni yer. Kali ini bawah abang dan adik menikmati udara pagi yg masih lagi segar bugar. Kejam kan seorg ummi pagi2 seawal jam 5 am dah kejutkan anak utk ikut serta dalam jemaah subuh di masjid negara..

Sebenarnya, selama bercuti dan apa yg di aplikasikan dgn mendesignkan hidup anak2,anak2 menjadiblebih cergas,sihat dan matang. Alhamdulillah di berikan izin oleh suami utk bercuti tanpa gaji dan dpt melihat serta membimbing anak2 yg masih kecil dgn kasih sayang serta design seorang ummi.

Alangkah bahagia dan amannya dunia sekiranya ramai ibu-ibu berpeluang begini. Tetapi jgn silap. Ada yang beranggapan ibu di rumah tiada peranan. Sebenarnya,ibu adalah guru no.1 bagi anak2. Ajarlah anak2 mengenal alif ba ta dan lain2 ilmu fekah,adab dan tauhid sendiri. Kerana secara tidak langsung itu adalah saaam akhirat.
Ramai yg kami temui merasa hairan serta agak pelik apabila abg telah petah berbual seperti orng dewasa wpun ada pelat kanak-kanaknya. Nak tahu rahsia dan tips??

Sama shj seperti yg biasa di kongsi oleh Dr rubiah,Prof muhaya dan lain2 tokoh wanita. Anak2 mestilah dibiarkan bebas dgn cara mereka sendiri tetapi berdisiplin. Bahasa anak2 adalah bahasa orang dewasa. Maka kota kata anak2 secsra tidak langsung akan bertambah dan anak akan faham bahasa pertuturan mereka sedari awal.

Best pic...!!! Adik sayang ummi tak?
Ajak anak2 bermain adalah utk bina keyakinan diri serta kekuatan diri anak2. Seronoknya anak membesar dgn design oleh seorang ibu. Kita mesti sedar...dunia skrg bnyk cabaran..bukan semua atas tgn guru.

♥IBU ADALAH GURU PERTAMA ANAK.
♥IBU MAMPU MEMDIDIK ANAK SEBAIKNYA MENGIKUT DESIGN SENDIRI.
♥TGN YG MENGHAYUN BUAIAN MAMPU MENGONCANG DUNIA.
♥DIDIK LAH WANITA SEBAIKNYA KERANA WANITA YANG TERDIDIK OLEH AGAMA DAPAT MENGUBAH BANGSA DAN NEGARA.
★SEMOGA DI LORONGKAN OLEH ALLAH S.W.T AGAR DPT MENJADI ISTERI SERTA IBU YANG BAIK. BESARNYA TANGGUNGJAWAB WANITA HARI INI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
Wallahualam
Published with Blogger-droid v2.0.10