Mandi manda di KLCC PARK

19 September 2013, oleh sebab kami nak menjemput husband dr pejabat, kami gerak dari rumah dalam jam 900am. Ini alkisahnya si abang ni nak sgt swimming. Ke Kompleks Renang KL, depan HUKM masih tak buka. Petang jam 200pm start . 


So , kembali ke plan asal menuju ke KLCC. Jalan sesak boleh tahan . Dari rumah jam 900pagi , sampai jam 1100pagi. Takper la, asalkan dapat penuhi kehendak anak. Dan dalam masa yang samam berdoa agar anak menjadi anak yang cergas dan sihat. 


Sebelum ini tak tahu di KLCC PARK ni ada tempat mandi kanak-kanak. So credit la kepada INSP ATIKAH sebab bagi info ini. Katanya kalau datang KL , mmg selalu bawa anak dan anak sedara ke KLCC PARK. 


Tempat mandi terbuka untuk kanak-kanak sahaja. Dan FREE. Wah dengar FREE excited kan. Tapi okaylah, tempatnya xder la cantik dan menarik. Cuma bestnya dri sini, nampak KLCC dr dekat.


Dalam masa yang sama tercapai impian bibik nak tgk KLCC. 
Kami sampai dalam jam 1100pagi, siap mandi dalam jam 1230tgh, okay la kan..cuma abang Mustaqim ini rasa tak puas nak mandi. 

Adik pula takut air..opss bukan takut,sejuk agaknya. Biasa mandi di rumah ada air panas.
Takpa, ajar perlahan-lahan. Abang pun dulu masa kecik tak suka juga.




Abang mustaqim jumpa kawan. Umur 5 tahun. Boleh jer rapat sekelip mata. Owh tidak,,lupa tanya nama.(networking la katakan).

Parking kat hotel depan Masjid KLCC. Kena charge RM5.50. Masa balik baru nampak banner tertulis "PARKING AWAM HANYA PADA HUJUNG MINGGU" opss..takper la kan..dah nak balik pon..

;)



Published with Blogger-droid v2.0.10