Day 1 Kota Kinabalu (Pasar Malam Sinuran)

Alhamdulillah, dah tiba malam. Selepas penat kami berjalan di siang hari dengan cuaca sgtlah panas, balik jer di bilik terus tidur. Selepas asar jam 317pm kami rehat-rehat dalam bilik dan menunggu sehingga maghrib jam 614pm. Sesudah maghrib kami pun meneruskan ke Pasar Philipina. Malam ini kami melalui laluan ke Anjung Senja. Rupanya senang jer jalan di sini. Sehingga hari ke 2, minyak kereta Myvi diisi penuh sehingga RM70.00 masih tak jejas k. Maknanya boleh bayangkan kawasan sini dekat-dekat jer.



Ini nama jalan ke Pasar Buah-buahan, Pasar Kraftangan, Pasar Ikan Kering dan Pasar Besar.


Pasar Kraftangan. Nampak tak bendera SABAH dan MALAYSIA?
 Bermakna kami masih di MALAYSIA yer.heheheh

Pasar PERSATUAN PENJUAL IKAN MASIN. Kami hanya beli kuih cincin jer disini.


I like this pic memory. Sweet gitu. Tq sayang.



Ini Pasar Penjual Ikan Masin. Bestnya di sini mcm-mcm ada, ikan masin, udang kering, keropok
dan lain-lain lah termasuk kuih cincin.


Ini kedai jahitan. Kedai ke, Ummi pun pelik sebabnya ada la dlm lebih kurang 6 mesin jahit dan ada penjahit. Orang SABAH menjahit di jalanan jer pun boleh bawa duit. Pandaikan orang sini mencari rezeki.


Ini ada 1 mural diluar PASAR KRAFTANGAN. Makna barang-barang yang terdapat di mural ini ada dijual disini.







Tengok-tengok gambar makanan laut ini bestkan. Terliur rasanya. Sebelum kami sampai ke SABAH, terbaca di beberapa blog , katanya SEDAP. Kami memang tidak lepaskan peluang merasa makanan laut disini. Dan kami hanya ambik 1 ekor ikan merah bakar, mcm dalam gambar di atas dan 1 papan sotong kecil 1 ekor sotong besar. 

HARGA:

1 papan sotong dalam 6-7 ekor dan 1 ekor sotong besar  =RM30.00
Ikan 1 ekor = RM28.00
Air kelapa = RM4.00
dan lain-lain = RM 8.00 (Teh ais 2 gelas, ulam dan nasi 3 pinggan) 
TOTAL : RM70.00





Ini gambaran ikan yang kami makan. Sedap, rasa pedas-pedas sikit. Tambahan cicah dgn sambal bawang. Memang mcm nak ambik sorang seekor jer tau. Sabar-sabar Ummi, hahaha memujuk diri sendiri sebabnya makan kalau ikut hati nanti rugi.betul kan.




Ini gambar Mr Suami dengan air kelapa favoritenya. Alhamdulillah rezeki dr Allah, isinya banyak dan memang PUAS makan.




3 keping pic kat atas ni adalah hasil snap drp abang Mustaqim.





2 kpg gambar diatas adalah gambar : 
1) sotong bakar sebab ianya besar dan dibakar maka masa makan agak liat sikit. 
2) rumpai laut yang fresh. Cuba jugalah merasa 1 jer, agak sedap tapi entahlah tak tertelan kalau banyak rasanya.Tekak tak biasa.


Ini lah namanya MUTIARA. Katanya ASLI. Ini gambar di PASAR KRAFTANGAN. Seutas (betul ke utas?) harganya RM500.00. Sebabkan Ummi bukanlah peminat MUTIARA , jadinya memanglah tak beli. Lainlah kalau "AKTIF" "PERKEP"...hehehehe. Kenapa PERKEP yer...entah tak dak jawapan.






Adik dan Mr Suami bergambar dalam PASAR KRAFTANGAN.




Ini harganya RM80.00 Keronsang. Lawakan mcm REFLESIA kan.





Abang dengan baju SABAH. RM16.00. Suka sangat abang dengan baju ini. Mood masa ni happy sangat dia. Di tangan tu PISTOL, HADIAH sebab bekelakuan agak baik.Jarang beli mainan , sebab mmg tak suka belikan mainan. 


*Secara keseluruhan makan malam kami di PASAR MALAM SINURAN adalah harganyaTIDAK la semurah yang diperkatakan. Sedap memang SEDAP!!! 
Harga murah lagi di KUALA PERLIS ...mungkin sebab selalu mkn di KUALA PERLIS. heheheh
Kebersihan? Carilah yang agak bersih k.

*Kurang selesa sebab ada ramai anak-anak kecik mcm meminta sedekah. Tak salah nak bersedekah tetapi siapakah mereka yang terlalu ramai ini. HANYA ALLAH S.W.T yg tahu. Kalau nak bersedekah tak salah, sebab semua tu kerja ALLAH S.W.T. DIA shj yang tahu kenapa budak-budak itu di situ. ;)

sambung lagi nnt next entry. Esok PULA.