SYARAT-SYARAT DAN TERMA
BAGI PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA 15 Ogos 2012
Bayaran -bayaran:
1.
Gaji bulanan minima RM600 sebulan.
2. Deposit tidak
dikembalikan. Pengembalian
wang maksima adalah separuh daripada kos yang diterima agen, ditolak kos hangus
dan gaji pembantu (pada kadar pembantu sementara).
3.
Majikan digalakkan membuka akaun bank
untuk memasukkan gaji pembantu setelah tamat potongan gaji.
- Pemeriksaan
kesihatan FOMEMA hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebulan selepas
pembantu tiba. Bayaran FOMEMA sebanyak RM190 adalah ditanggung oleh
majikan.
- Bayaran-bayaran
yang dibuat adalah bayaran konsultansi dan bayaran untuk urusan-urusan
yang diperlukan bagi menguruskan pembantu rumah yang melibatkan kos hangus,
bukan bayaran jual beli. Pembayaran kepada agen adalah untuk menguruskan
proses dan tidak sama sekali untuk menanggung risiko dan liabiliti.
Jaminan Terhad :
1.
Tiada jaminan mutlak dalam urusan pembantu
rumah kerana ia melibatkan kos hangus. Jaminan jika ada adalah terus daripada
agen Indonesia
(back to back). Jaminan biasanya selama 1 bulan daripada tarikh pembantu diambil
bekerja. Pembantu mesti diserahkan balik dalam tempoh tersebut. Visa berkaitan
hendaklah masih hidup.
2.
Jaminan untuk kes sakit
atau tidak boleh melakukan kerja yang patut; berkaitan dengan pembantu rumah
sahaja. TIADA GANTIAN untuk kes-kes dera, cabul, aniaya (fizikal, mental,
diskriminasi atau layanan buruk), cerewet yang keterlaluan, dan melanggar
kontrak.
3.
Majikan perlu menanggung
bayaran submission imigresen, bayaran permit dan stem FOMEMA dan tambang feri
atau pesawat, pemprosesan gantian dan lain-lain caj berkaitan urusan permit.
4.
Majikan perlu
menjelaskan kesemua gaji pembantu pertama sepanjang berada di rumah majikan.
Pembantu pertama dikira sebagai pembantu sementara kerana kontrak baru akan
bermula pada tarikh kemasukan pembantu baru dan gaji pembantu gantian akan
dipotong lagi 3 atau 4 bulan.
5.
Gaji untuk pembantu
sementara dikira mengikut kadar harian ditambah caj urusan atau susut nilai
kontrak (RM35 sehari – RM20 gaji dan RM15 caj perkhidmatan/susut nilai kontrak)
6.
Jaminan sah hanya jika
semua pembayaran dibuat mengikut yang ditetapkan. Jaminan tidak sah jika
majikan gagal membuat apa-apa pembayaran yang diperlukan dalam masa yang
ditetapkan..
7.
Jaminan tidak sah jika
terdapat cubaan menipu contohnya mengusir pembantu lari, berpakat untuk
menggagalkan FOMEMA atau memfitnah.
8.
Jaminan terbatal
sekiranya majikan tidak memberikan kerjasama dalam urusan imigresen dan tukar
majikan atau membatalkan permit pembantu tanpa kebenaran agen.
9.
Majikan tidak dibenarkan
menugaskan pembantu untuk kerja-kerja bukan pembantu seperti berladang,
berkebun, kerja pembinaan dan lain-lain kerja berat tanpa kerelaan pembantu dan
ganjaran sewajarnya.
10.
Sekali gantian sahaja
kecuali kes-kes yang dipertimbangkan. Gantian tertakluk kepada biodata tersedia
dan sesuai.
11.
Majikan berhak berurusan
terus dengan agen Indonesia sekiranya gantian adalah lambat.
12.
Jika pembantu rumah
melarikan diri, laporan perlu dibuat kepada imigresen dan majikan dikenakan denda
oleh Imigresen sebanyak RM250 atas apa sebab sekalipun (Peraturan Imigresen).
13. Majikan perlu menandatangani borang perlepasan majikan, menyediakan salinan
kad pengenalan suami isteri dan mengembalikan passport pembantu sebelumnya untuk
mendapatkan gantian. Permit lama dan bayaran FOMEMA tidak
boleh dituntut balik.
14. Syarat-syarat
gantian tertakluk kepada syarat-syarat, peraturan dan bayaran terkini di Indonesia dan
di Malaysia.
Majikan hendaklah membayar perbezaan bayaran semasa dan dahulu jika ada.
15. Majikan
hendaklah cuba
melatih pembantu dalam masa percubaan 3 bulan sekiranya pambantu mengalami
kejutan budaya dan kesukaran penyesuaian dengan majikan.
16. Majikan
hendaklah bersedia untuk menerima alternatif gantian wang separuh kos selepas
ditolak kos hangus sekiranya agen merasakan kerumitan dalam gantian pembantu.
17. Jangkamasa
gantian adalah bergantung kepada penghantaran daripada agen Indonesia, atau
kebolehan agen mengaturkannya secara dalaman di Malaysia. Gantian atau pulangan wang segera tidak dijamin.
18. Penyelesaian
permasalahan majikan yang dihadapai akibat ketiadaan pembantu hendaklah
diselesaikan oleh majikan dan bukan sama sekali tanggungjawab agen.
19. Agen tidak
bertanggungjawab di atas kecurian barangan, penggunaan telefon yang berlebihan,
kecederaan anak-anak, kerosakan barangan dan lain-lain hal berkaitan rumah
tangga majikan.
20. Tanggungjawab
mengganti adalah daripada agen Indonesia
manakala agen Malaysia
hanya bertindak menguruskan penggantian. Agen di Malaysia tidak
bertanggungjawab untuk apa-apa penggantian wang kecuali menyalurkan wang yang
telah dibayar ganti oleh agen Indonesia
atau sesiapa berkaitan.
21.
Elakkan kes-kes gantian dan tukar majikan
kerana urusannya boleh menjadi sangat rumit dan akan menyusahkan banyak pihak. Terdapat risiko gantian yang lambat dan tiada gantian daripada agen
Indonesia.
22.
Selepas tamat tempoh
jaminan, pembantu adalah dibawah milik penuh majikan dan majikan harus
bertanggung jawab ke atas semua urusan, tanggungjawab dan kos-kos urusan
pembantu jika ada.
23.
Majikan bertanggungjawab
di atas segala urusan permit, kompaun dan denda daripada jabatan imigresen dan
kerajaan.
Tukar Majikan
- Tukar majikan boleh
dilakukan jika tempoh berkhidmat pembantu masih kurang setahun. Peruntukan 2 bulan untuk urusan tukar majikan.
Pembantu bekerja kurang dari 6 bulan dengan majikan lama.
- Hendaklah
disediakan salinan kad pengenalan majikan lama dan menandatangani borang
perlepasan majikan.
- Bayaran levi dan
FOMEMA tidak boleh dituntut balik.
- Pampasan yang
diperolehi oleh majikan lama bergantung kepada budi bicara majikan asal,
agen dan majikan baru.
- Secara kasar
pampasan maksima adalah separuh daripada kos baki setelah ditolak kos
hangus seperti levi, FOMEMA, submission, potongan gaji dan susut nilai
kontrak. Susut nilai kontrak biasanya dikira pada kadar cas pekhidmatan
pembantu sementara.
- Majikan lama
hendaklah bersedia berkerjasama jika dikehendaki hadir ke pejabat
imigresen untuk urusan tukar majikan.
Syarat-syarat untuk majikan:
1. Kos penghantaran balik selepas kontrak tamat atau
ditamatkan ditanggung oleh majikan. Jika pembantu rumah ingin pulang sebelum
tamat kontrak, kebenaran adalah atas budi bicara majikan. Agen tidak bertanggungjawab jika pembantu tidak kembali bekerja.
2. PASSPORT HENDAKLAH DIENDOS(TAMPAL STICKER PERMIT) di
Pejabat imigresen selepas lulus FOMEMA dalam tempoh SEBULAN daripada tarikh
pembantu tiba. KEGAGALAN BOLEH MENYEBABKAN MAJIKAN DIDENDA
dengan kadar harian.
3. Majikan
hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permit pembantu. Sekiranya
majikan gagal membuat permit dalam masa yang diperlukan, bayaran minima RM1300
hendaklah dibayar oleh majikan samada untuk tujuan pemutihan, pengurusan visa
atau denda.
4. Sekiranya
ingin menghantar balik pembantu ke Indonesia atau selepas tamat
kontrak dan pembantu tidak akan kembali, 'check out memo' hendaklah dipohon di
imigresen. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pembantu masih aktif
dengan majikan dan untuk permohonan baru, pembantu dikira lari dan denda
sebanyak RM250 perlu dibayar kepada imigresen.
5. Bukti
bank in atau salary voucher adalah bukti pembayaran gaji sekiranya berlaku
apa-apa perselisihan berkenaan gaji di antara majikan dan pembantu.
6. Majikan
hendaklah melayan pambantu dengan sewajarnya dan mempastikan makanan dan rehat
yang cukup untuk pembantu. Keperluan asas seperti ubat gigi, sabun, tuala
wanita dan kos perubatan yang biasa hendaklah disediakan oleh majikan tanpa
menolak gaji. Ikuti tips-tips yang dianjurkan.
7. Pembantu
tidak seharusnya bekerja melebihi pukul 10 malam.
8. Makanan
ruji berupa hendaklah disediakan sekurangnya 3 kali sehari iaitu pagi,
tengahari dan malam. Majikan hendaklah menyuruh pembantu makan dahulu sekiranya
majikan makan pada waktu yang lewat contohnya bersarapan melebihi pukul 10 pagi
atau makan tengahari melebihi 3 petang.
9. Majikan
tidak dibenarkan menugaskan pembantu di lebih dari sebuah rumah walaupun secara
bergilir, kecuali dengan kesanggupan pembantu dan ganjaran yang sewajarnya.
10. Majikan
hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas keselamatan, makan minum, kebajikan
dan tingkahlaku pembantu sepanjang dalam pengawasan majikan. Majikan juga
bertanggungjawab mendidik dan mengasuh budaya dan perilaku yang baik; juga
bertanggungjawab penuh memberikan motivasi kerja.
11. Setiap
pembantu mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Majikan hendaklah bersedia
menerima hakikat tersebut, menghadapi kelemahan dan memperbetulkan kelemahan
pembantu.
12. Majikan
tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan gantirugi di atas kesusahan dan
kerugian dalam proses urusan pembantu rumah kecuali untuk kes-kes yang wajar dan
dipersetujui oleh semua pihak.
13. Majikan
tidak dibenarkan memotong gaji pembantu jika terdapat kerugian akibat kesalahan
pembantu yang tidak disengajakan, contohnya baju rosak akibat seterika dan
sebagainya.
14. Tanggungjawab majikan diibarat seperti pengetua sekolah. Apapun
alasan tentang nakalnya dan malasnya pelajar, perbuatan melanggar peraturan,
yang bertanggungjawab masih pengetua.
15. Kesalahan yang dibuat oleh pembantu tidak boleh dikaitkan
sama sekali dengan agen yang menguruskan. Tanggungjawab untuk penyesuaian dan keselesaan
dengan majikan adalah tanggungjawab penuh majikan. Agen tidak boleh
dipersalahkan sekiranya majikan gagal membuat penyesuaian dengan pembantu atau gagal
memberikan motivasi kerja sehingga pembantu enggan meneruskan kerja. Urusan agen
terhad kepada urusan logistik.
16. Majikan dinasihatkan mengambil insuran untuk pembantu
rumah bagi meringankan beban sekiranya berlaku kes-kes kemalangan dan kematian.
Urusan kematian dan rawatan hospital serta semua kos berkaitan adalah tanggungjawab penuh
majikan.
Syarat-syarat untuk pembantu:
- Terdapat potongan gaji untuk kos
pembiayaan datang ke Malaysia yang dikeluarkan oleh majikan.
- Pulang bercuti sebelum
tamat kontrak hanya dengan kebenaran majikan. Jika ingin pulang sebelum
tamat kontrak, kos tambang adalah
ditanggung sendiri oleh pembantu rumah. Wang cagaran mungkin diperlukan.
Penebusan untuk pembatalan kontrak adalah RM100 sebulan bagi baki kontrak
setelah ditolak cuti.
- Pembaharuan permit
adalah setahun ke setahun.
- Tidak digalakkan
majikan memegang gaji melebihi 3 bulan untuk mengelakkan kes gaji
tertunggak.
Pembaharuan permit:
- Pembaharuan boleh dibuat 3 bulan sebelum
tarikh tamat. Pemeriksaan FOMEMA diperlukan sebelum pembaharuan levi. Sticker
baru akan ditampalkan di passport.
- Bayaran pas khas sebanyak RM100.00 akan
dikenakan oleh imigresen ke atas kelewatan pembaharuan tidak melebihi 1
bulan. . Pembantu dikira sebagai pendatang haram jika permit gagal
diperbaharui. Tindakan undang-undang yang tegas boleh dikenakan terhadap
pembantu dan majikan.
- Majikan perlu bertanggungjawab
memastikan pembantu berada dalam keadaan permit yang sah. Majikan perlu
menanggung kos (jika ada) akibat kecuaian dan kesilapan dalam urusan
permit.
- Pembaharuan permit selepas 1 tahun ialah
RM445. Bayaran FOMEMA RM190, kedua-dua kos ditanggung majikan.
PENGURUSAN PEMBANTU RUMAH
No
|
Langkah-Langkah
|
Semak/ Tarikh
|
1
|
Pembantu masuk ke Malaysia
|
|
2
|
Pembantu
melaporkan diri ke Majikan
|
|
3
|
Submit permohonan
ke Imigresen
|
|
4
|
Bayar Levi JP Visa
|
|
5
|
Pendaftaran FOMEMA
|
|
6
|
Hantar
pembantu ke Klinik yang dipilih
|
|
7
|
Tunggu
keputusan dengan pihak FOMEMA
|
|
8
|
Bayar Levi
apabila FOMEMA lulus
|
|
9
|
Bawa
passport ke Imigresen untuk ditampalkan permit.
|
|
|
Pembaharuan Permit RM445 Setiap Tahun
|
|
|
Pembaharuan
boleh dibuat 3 bulan sebelum tarikh tamat permit
|
|
1
|
Pendaftaran FOMEMA
|
|
2
|
Pemeriksaan
kesihatan di klinik yang dipilih
|
|
3
|
Periksa
keputusan FOMEMA selepas 3-10 hari
|
|
4
|
Bawa
passport ke Imigresen beserta bayaran RM445. Sticker permit akan ditampalkan
oleh Imigresen di passport
|
|
No
|
Dokumen Yang Diperlukan (Permohonan Kali Pertama)
|
Semak
|
1
|
Gambar Suami dan Isteri
|
|
2
|
Salinan IC
Suami dan Isteri
|
|
3
|
Salinan Sijil Nikah
|
|
4
|
Salinan
Surat Beranak Anak (Bawah 15 thn)
|
|
5
|
Salinan
Slip Gaji Terakhir 3 bulan Suami dan Isteri
|
|
6
|
Salinan EA Form / BE Form Suami dan Isteri
|
|
7
|
Surat Pengesahan Majikan
|
|
8
|
Surat
Pengesahan Sakit Daripada Hospital atau Klinik Pakar. IC pesakit dan surat
beranak majikan atau lain-lain bukti pertalian darah (menjaga orang
tua/sakit)
|
|
|
Checklist
|
Semak
|
|
Jadual Bayaran
|
RM
|
Semak
|
1
|
Passport
|
|
|
Submit Imigresen
|
|
|
2
|
Perjanjian
|
|
|
Permit + Stem
|
|
|
3
|
Tips
|
|
|
Urusan Indonesia
|
|
|
4
|
Borang FOMEMA
|
|
|
Gaji 3 bulan
|
|
|
5
|
Salinan Passport
|
|
|
Fomema / Sticker
|
|
|
6
|
Calling Visa
|
|
|
|
|
|
7
|
Insurance
|
|
|
Urusan Melancung / Fiskal
|
|
|
8
|
Resit Bayaran
|
|
|
Gaji Melancung
|
|
|
9
|
Kad Nama
|
|
|
Pengambilan
dari Erpot
|
|
|
Nama Pembantu / Pasport
|
Agen
|
Sumatra/Jawa
|
Potongan Gaji
|
|
|
|
|
Tarikh Ambil Pembantu / PP
|
Tarikh Pulangkan Pembantu / PP
|
Bilangan Hari Bekerja
|
|
|
|
Jumlah Refund RM
|
Kadar Bayaran
|
Jumlah Caj RM
|
|
RM
35 / hari
Caj Perkhidmatan RM100
Caj Lari RM300
Lebih tarikh RM1500
|
|
Jumlah Bayaran RM
|
Bayaran Deposit RM
|
Baki RM
|
|
|
|
Maklumat Majikan (Lampirkan salinan k/p suami dan isteri)
|
Nama Suami: k/p:
Pekerjaan Suami: Gaji suami:
HP: e-mel:
|
Nama Isteri: k/p:
Pekerjaan Isteri : Gaji Isteri:
HP: e-mel:
|
Alamat tempat Kerja Suami:
Tel Pejabat:
|
Alamat Rumah:
Tel Rumah:
|
Tujuan : Menjaga anak /
orang tua Bil Anak : L: P:
|