PROFIL
USAHAWAN:
BAHAGIAN 1:
Mai
Café Western Kopitiam adalah milik
usahawan bernama Khairul Shafiq Bin Baharuddin. Telah berumah tangga pada 28
Nov 2012 dengan Nor Azlinda Bin Mohd Azaman. Mereka kini telah dikurniakan
sepasang cahaya mata. En Khairul Syafiq telah mendapat pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Sena. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Derma sehingga tingkatan 3. Kecemerlangan pelajaran
di tingakatan 3 membolehkan beliau diterima masuk ke MRSM Pendang Kedah bagi
mengikuti pengajian di tingkatan 4 dan 5. Kecemerlangan peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) melayakkan beliau memasuki matrikulasi dalam aliran
sains dan melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
Sains Bahan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
BAHAGIAN 2 :
Mai
Café Western Kopitiam adalah nama restoran di bawah nama syarikat Mai Planet
Herb Sdn. Bhd. Penglibatan dalam perniagaan restoran ini iilhamkan oleh
bapanya, Baharudin Ahmad dan nama asal kafe berkenaan adalah Mai Cafe Herbal
Western Kopitiam pada April 2008.. Sebelum kedai dibuka syarikat ini ada
mengeluarkan kopi dan teh di bawa jenama Mai Café. Produk kopi dan teh hanya
dipasarkan di pasaran tempatan di kedai-kedai sekitar Perlis. Perniagaan
dipilih setelah pertemuan bapanya dengan seorang chef yang asalnya bekerja di
Kuala Lumpur. Perniagaan ini adalah antara yang popular sekarang di Perlis.
Boleh dikatakan Mai Café Western Kopitiam adalah memonopoli masakan western di
Perlis kini.
Pada
asalnya masakan barat yang terapat di restoran ini adalah berasaskan herba,
namun kerana kekurangan bahan mentah berasaskan herba maka perniagaan ini telah
menukar nama dari Mai Cafe Herbal Western Kopitiam, kepada Mai Café Western
Kopitiam. Pengguran perkataan
"Herbal" adalah bagi mengelakkan pelanggan memesan sebarang
jenis makanan yang berasaskan herba.
BAHAGIAN 3 :
Pengalaman
kerja En Khairul Syafiq adalah dengan kilang gula di Prai untuk sementara dalam
tempoh lebih kurang setahun. Manakala, isteri pernah bekerja di Damansara
selama 2 tahun di sebuah syarikat swasta. Lain-lain pengalaman tiada.
BAHAGIAN 4 :
Faktor
yang perlu diambil kira oleh usahawan muda , adalah berani mengambil risiko
dalam menempuhi persaingan dengan peniaga lain.
Selain itu, sebagai usahawan muda , usahawan perlukan idea yang banyak
dalam mempelbagaikan masakan barat. Dalam perniagaan ini juga, perlukan
semakan menu yang kerap bagi mengelakkan
pelanggan jemu dengan masakan sedia ada.
Faktor-faktor
lain adalah dengan polisi syarikat yang boleh diterima oleh pekerja. Faktor
umur juga memainkan peranan dalam
memilih pekerja. Bagi memudahkan urusan dan mengurangkan risiko
melibatkan perniagaan, maka Mai Café Western Kopitiam tidak mengambil pekerja
wanita. Pekerja lelaki lebih mudah memandangkan mereka lebih daya tenaga dalam
menguruskan kerja-kerja di restoran. Contohnya, mengangkat tos gas, meja dan
kerusi serta pinggan mangkuk yang berat. Selain itu, waktu kerja sehingga lewat
malam merbahayakan mereka dalam perjalanan balik ke rumah masing-masing. Julat
umur yang diambil pekerja adalah antara 18-23tahun. Ini adalah bagi
memudahkan urusan memberikan arahan dalam bekerja. Pengambil pekerja yang berusia agak sukar
kerana mereka lebih meminta-minta dari segi faktor gaji dan masa bekerja.
Selain
itu, pembantu yang bekerja adalah terdiri daripada anak-anak muda yang bekerja
secara separuh masa. Mereka terdiri daripada pelajar kolej yang bercuti
semester dan pelajar universiti yang bekerja secara separuh masa. Waktu kerja yang fleksibel
adalah dari jam 4petang hingga 12 malam dan cuti pada hari ahad. Perniagaan
bermula pada jam 6 petang untuk pelanggan mula menempah makanan. Bilangan
pekerja adalah lebih kurang 15-20 orang. Budi bicara denga pekerja adalah perlu sebagai
contoh dalam memberikan cuti.
Sekiranya
pada satu-satu masa En Khairul Syafiq kekurangan pekerja, maka waktu operasi
resoran disingkatkan bagi mengelakkan Mai Café Western Kopitiam tidak dapat
memenuhi keperluan pelanggan yang inginkan layanan yang mesra dan cepat.
Sebagai contoh, restoran mungkin dibuka hanya selepas magrib dan hanya
sebahagian kedai sahaja dibuka untuk pelanggan. Bahagian-bahagian lain ditutup
sementara waktu bagi mengelakkan kekalutan masa dalam melayan pelanggan.
BAHAGIAN 5 :
Ukuran
kejayaan bagi perniagaan yang pertamanya adalah keuntungan. Keuntungan yang
meningkat demi tahun akan dapat memudahkan analisa keuntungan. Bagi perniagaan Mai
Café Western Kopitiam, perkembangan adalah seperti pembesaran kedai. Pada
asalnya perniagaan Mai Café Western Kopitiam hanya 1 lot kedai. Setelah 2 tahun
perniagaan Mai Café Western Kopitiam menyewa lagi satu lot kedai. Sekarang
restoran ini terdapat 2 lot kedai. Maka, lot yang kedua dijadikan sebagai bilik
berhawa dingin bagi pelanggan yang inginkan keselesaan dengan tambahan RM1.00
sejam bagi setiap pelanggan.
BAHAGIAN 6 :
Promosi
perniagaan adalah kebanyakkannya adalah melalui mulut ke mulut dan sedikit dari
blog pelanggan-pelanggan dan facebook.
Mai
Café Western Kopitiam juga ada menyediakan papan tanda di persimpangan lampu
trafik bagi menarik perhatian pengungjung mengunjungi restoran ini. Selain itu, bagi menarik perhatian pelanggan
yang lebih ramai, Mai Café Western Kopitiam juga ada sediakan pakej bagi
sambutan hari lahir , mesyuarat serta majlis berbuka puasa. Persediaan makanan
adalah mengikut permintaan. Kebiasaannya En Khairul Syafiq lebih senang dalam
menyediakan makanan barat ala carte. Ini memandangkan citarasa pelanggan yang
berbeza-beza.
Mai
Café Western Kopitiam juga banyak menerima pelanggan dari luar . Seperti
contoh, Raja Muda Perlis, Mantan Ketua Polis Negara serta beberapa artis dari Kuala
Lumpur. Selain itu, pelanggan tempatan
yang datang ke kedai makanan adalah terdiri daripada semua golongan tidak kira
pangkat, kerjaya dan taraf pendapatan.
BAHAGIAN 7 :
Modal
adalah tidak terlalu tinggi memandangkan sebelum restoran ini pada asalnya
adalah perkongsian. Sekarang restoran ini telah menjadi Sdn Bhd dan ianya
dijalankan secara bersama-sama dengan ahli keluarga. Bantuan ahli keluarga
memainkan peranan penting dalam perniagaan. Selain itu, dalam perniagaan
restoran persediaan modal simpanan adalah perlu bagi mengahadapi sebarang
kemungkinan.
Kos
gaji pekerja adalah murah dan pekerja hanya dilindungi dengan SOCSO. Purata
gaji pembantu restoran adalah dalam RM500 seorang. Selain itu, menurut En
Khairul Syafiq dalam menguruskan restoran, perlu ada modal dalam menggantikan
asset yang berkemungkinan rosak dan perlu di tukar. Contohnya , pinggan mangkuk
serta gelas yang sumbing tidak akan digunakan lagi dan perlu diganti semula.
Penetapan
harga adalah bergantung kepada harga bahan mentah. Kebiasaannya harga barang
mentah yang murah adalah faktor penetapan harga. Sebagai contoh harga jualan
air buah yang murah RM3.00 adalah kesan daripada harga kos sewaan kedai yang
murah serta kos buruh yang tidak terlalu mahal. En Khairul Syafiq juga
menyatakan bahawa harga makanan yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding
di pasaran luar sebagai faktor menarik pelanggan datang ke restoran.
Persaingan
juga ada, tetapi memandangkan negeri Perlis adalah kecil maka persaingan itu
agak kurang mencabar. Tema kedai dipilih warna merah dan hitam bagi menyambung
tradisi kopi dan teh dan gabungan hitam dan merah dilihat menarik. Perancangan
masa hadapan adalah mungkin akan buka cawangan di kawasan sekitar seperti Kuala
Perlis. Lokasi dipilih kerana sambutan pelanggan di kawasan-kawasan tersebut.
Namun begitu masih tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu.
BAHAGIAN 8 :
Nasihat
kepada usahawan muda yang ingin menceburi bidang perniagaan adalah persediaan
dari segi mental dan nekad yang tetap dalam membuka dan meneruskan perniagaan.
Sekiranya tidak betul-betul nekad maka akan hadapi masalah. Persediaan ilmu
juga perlu. Kursus-kursus keusahawanan perlu. Antara lain , usahawan muda perlu
tabah dan bersedia berkorban dari segi tenaga dan masa. Ini memandangkan dalam
perniagaan , usahawan perlu uruskan perniagaannya tanpa terlalu berharap kepada
pekerja. Ini adalah bagi mengelakkan
daripada modal yang lari. Sebagai contoh, dalam perniagaan sendirian berhad
,usahawan perlu keluar untuk memilih barang bagi perniagaan kerana pemilihan
harga yang lebih rendah akan meningkatkan keuntungan. Berbanding apabila di
harap kepada pekerja kemungkinan harga yang dipilih adalah tidak berpatutan
kerana moraliti dalam menjaga keuntungan dan perniagaan adalah berbeza bagi
setiap individu.
LAMPIRAN
:
.