MUZIUM SETEM MELAKA

Mesti ramai yang tidak pernah terfikir untuk masuk ke dalam muzium Setem kan.. Lokasi masih di Bandar Hilir, Melaka. Ehm, jom layan gambar2 kat bawah ini. Sebelum tu, dalam muzium ni terdapat pelbagai setem   keluaran khas dalam Malaysia. Peti surat lama pun ada..tengok la nant mustaqim bergambar dengan peti surat besi..berat ini..tapi itu la kualiti barangan dahulu..cantik dan antik gitu. 




* Anak dan abah yang tak terlepas peluang bergambar dalam muzium Setem*



*Pakaian POSMEN dahulu..hehehe ingat juga la sikit2..rasa masa kecik dulu masa sekolah rendah pakcik posmen datang rumah dengan baju mcm ni lagi..*



* Tengok ni..ini adalah almari setem khas bagi tahun 1984/1985..hehehe ummi lahir tahun 1985..abah tahun 1984...satu almari..*


*Ayah pun x lepaskan peluang tengok setem masa zaman ayah muda2 dulu..kata ayah, dulu kami beli sekupang je..tu pun kira mahal dah setem masa tuh...*




*Pengkaji sejarah Setem*



*Model Setem...*



*Tahun kelahiran paksu mustaqim la nih...senyum kambing..hehehe*





*Setem JOHOR*


*Setem negeri kami - PERLIS*

Walaupun  muzium ini kecil sahaja tatapi berbaloi untuk masuk dan tengok keistimewaan Setem yang makin dilupakan kini. Sebagai rakyat dan generasi baru, kita seharusnya prihatin terhadap sejarah dan keindahan Setem ini...

Wassalam

Labels: ,