Arabian Night


~ ARABIAN NIGHT ~


 ~Bergambar bersama suami tercinta dan kakitangan awam (Fariha)~

Sempena Malam Jasamu dikenang, Trafik Bukit Aman mengenakan tema Arabian pada majlis tersebut. Majlis diadakan bagi beramah mesra dan malam jasamu dikenang bagi pegawai yang berpindah dan bersara serta anggota dan pegawai yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Majlis diadakan di Tropicana Golf Resort..BEST..


Sempat lagi bergambar bersama dengan sebahagian yang hadir ke majlis tersebut. Majlis yang diadakan cukup sedrhana , namun tetap meriah. 


Bergambar kenangan bersama Datin Wan Maziah dan lain-lain tetamu yang hadir bersama memeriahkan majlis. Dalam majlis yang serba ringkas beberapa lagu turut disumbangkan oleh pegawai dan anggota. Dato serta Datin juga menyumbangkan lagu pada malam tersebut.

Semoga tahun akan datang, majlis yang sama dapat diadakan bagi meraikan semua pegawai dan anggota yang cemerlang..

Wassalam