Sehari di PENANG- Part 2

Assalamualaikum, entry kali ini nk story  kami sekeluarga pergi melawat keluarga di Pulau Pinang pada 14/2/2012. Nama kampung ni Kg Jawa. Kalau nak p , kawasan ini dekat dengan Bukit Jambul. Dekat juga dengan roundabout Bayan Baru. Sejarah kenal dengan keluarga di Kg Jawa ini bermula pada tahun 2007 masa mula saya kerja di  Penang. Jom dekati mereka.
Ini gamabr suami dengan Aiman dgn Adik. Ehm, Aiman ni minat nak jadi polis juga, sebab tengok Paklang *suami .Hehehehe idola Aiman. Seronok dengan budak-budak ini rajin belajar. Masa sampai di Penang, paklang kena jadi cikgu matematik.Ajar Aiman dgn Adik. 

Ini gambar saya dengan Aiman, Fatin, Adik dan Mustaqim. Seronok sangat jumpa depa semua ini.




Kalau nak cerita pasal semua di Kg Jawa ni xhabis nak cerita. Betapa baiknya mereka semua. Bermula dengan makcik mita, maktam bibah , fatin, kak ziha dengan  keluarga termasuk Aiman , Adik dengan Angah dan ramai lagi. Ada juga Aci depan umah makcik mita, Baik juga orangnya..sedih tu, dia kata dia rindu saya..masa jumpa semalam Aci ni menangis sedih dan rindu. Dia siap kata, dalam 2-3 hari sebelum ini, terdetik dalam hati dia nak jumpa saya. Sob...sob..sob..Sedih , terharu di sayangi gitu.

Sekejap je singgah di Penang sebenarnya. Pagi 15/2/2012 terus bertolak ke Kuala Khubu Bharu. Sebelum bertolak sempat habiskan kerja-hantaq brang pra pendaftaran krusus bagi tahun depan. Alhamdulillah.
Insyaallah ada masa akan singgah lagi ke Kg Jawa, Bayan Baru Penang.
Wassalam