Hari ini cuti Maulidur Rasul 5/2/2012 bersamaan hari Ahad, sebab tak ada kelas dan nak rehatkan badan, pagi-pagi lagi dah keluar dengan suami ke Bukit Bendera. Lain betul sekarang berbanding tahun 2007/2008. Dapat la merasa naik train baru. Agak luasberbandung yang lama(warna merah putih)... Train baru agak selesa dan luas, tetapi masa nak naik orang terlalu ramai jadi xla nak selesa sangat. Jom tengok gambar -gambar di atas sana..
Pemandangan dari pintu masuk
Public Holiday- terlalu ramai orang beratur..
Dah wujud gerai-gerai jualan yang menjual cenderahati
Balai Polis Bukit Bendera sejak tahun 1956..mungkin dah ada sikit renovation tu sebab nampak baru.
Loceng - bunyi dia kecik je...atau dalam nama lain 'alarm'
Ehm..comelkan belalang ni..dari daun kelapa... (ingat kawanku-K.diana, pernah beli ni)
Kawan-kawan baru jumpa masa kat atas Bukit Bendera ni.
Suka sangat gambar ini..semua orang sporting kan..
Inilah pemandangan dari atas Bukit Bendera.
SEJARAH: Pada hari ini dalam tahun 1924, Perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Lawrence Nums Guillemard. Perkhidmatan keretapi Bukit Bendera telah dimulakan perkhidmatannya pada 21 Oktober 1923 dan merupakan bukit yang pertama mempunyai stesen keretapi dengan ketinggian 830 meter dari aras laut. Keretapi Bukit Bendera telah diwartakan pada tahun 1950 di bawah Penang Hill Railway Ordinance No. 42/1950. Sejak memulakan perkhidmatannya, keretapi Bukit Bendera merupakan satu badan yang tersendiri di bawah Kerajaan Negeri dan pentadbiran penyeliaan operasinya diletakkan di bawah Jabatan Lektrik, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan telah diambil alih oleh Lembaga Lektrik Negara pada 1 Januari 1976. Mulai daripada 1 Februari 1977, kerja-kerja pengurusan operasi Keretapi Bukit Bendera telah diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya dan kemudiaanya di tadbir oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 1 Januari 1982, manakala urusan penyelenggaraan masih dibawah Jabatan Kerja Raya. Sesungguhnya, Perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera merupakan salah satu daya tarikan utama pelancong ke Pulau Pinang.
Labels: BukitBendera, Cuticuti, SUAMIISTERI