Our Journey part 2~Feringgi Night Market

Entry ke-2; Malam ni 5/2/2012 ahad malam kami sempat lagi pergi jalan. Niat awal nak keluar makan je, tapi     dah masuk jalan salah sampai ke Masjid Negeri Penang, kami lajak terus pergi Batu Feringgi. Dalam perjalanan sempat singgah makan Mee Udang dan minum-minum. Lepas tu solat magrib dan terus pergi jalan kat night market. Jom layan gambar-gambar yang ada..

Ni gambar burung hantu..sebenarnya ni rantai.

Ni suami-azam, belakang tu The Ship..ada steak..hehehe 

Nak juga ambik gambar.

Replica beca yang comel..tapi tak beli pun


Comelkan, makan big apple dunkin Donut. Sebenarnya ini adalah pelekat peti ais. Tak beli juga..kecik sangat..tapi comel.

Sedapnya..kek tiruan

Pandainya uncle ni lukis..kalau la saya yang lukis..habis la comot.

 heheh Nak juga bergambar..memang kesukaan..Last balik beli pelekat peti ais je rm10 utk 3. heheehehe 
Dah habis jalan, kami lapar lagi..nak pergi makan nasi kandar beratur.tapi mak ai...panjang dalam 30 minit/ setengah jam pun belum tentu dapat pinggan..malas la berebut..balik makan kat Kassim Mustaffa je..ehm..nanti nak jalan lagi..Journey part 3.hehe 
Wassalam.