Kelopak mata kanan bawah bergerak-gerak

Hari ini kelopak mata bawah kanan asyik bergerak-gerak. Saja je nak tgk apa kata org dalam google ni. Jap nak highlight sikit; 

  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
 Menurut sumber yang saya jumpa di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.
  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati
  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis
  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik
  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan
  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi
  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran
  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua
  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala
  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata
  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia
So, dalam hati ini, kalau ye pun berita gembira, mestilah saya gembira lagi 3 hari nak balik kampung tengok anak kesayangan setelah hampir 11 hari berkampung di USM.heheh..wallahualam...Allah s.w.t Maha Mengetahui. 

Amin.