Baucer Buku 1 Malaysia

Entry kali ini nak bercerita ttg baucer buku 1 Malaysia. Ummi dgn abah mustaqim dapat baucer ini memandangkan kami adalah pelajar dewasa (PJJ). Rasa banyakkan RM400, ye la gabungan 2 org punya voucher.Jadi kami guna voucher tu untuk beli buku-buku seperti di bawah. Kami shopping buku di Popular JUSCO Cheras Selatan.(17/2/2012).


Alkisah masa beli buku-buku ini kan, punya la budget nak cukupkan RM250, siap kira dulu. Best beli di Popular sebab ada diskaun 10% ..kira punya kira jumlah adal baru RM228. Hold dulu bayaran, pergi cari lagi barang/buku..Jumlah bertambah RM247..ops ada lagi RM3 nak cukupkan RM250. Hold lagi pergi cari pen..hehehe dapat la pen 3 batang. Jadi jumlah semua RM250.15, kena tambah RM0.15. Jadi okayla kan. ;)

Ada guna juga  voucher ini, ada lagi beli rujukan untuk adik nazih dan anak sedara (Along Nabila), sbb nak exam UPSR dan SPM. hehe Yang lain ada 1 buku untuk Irsyad, sepupu Mustaqim juga di Johor dan Momey buku jahitan manik.


Ada lagi balance RM 150, plan nak beli buku "Biografi Agung Rasulullah". Buku ni baru RM52. Yang lain kena budget nak beli apa lagi. Alang-alang ada duit lebih ni boleh la berbelanja untuk buku-buku yang bermanfaat. Owh kami beli banyak buku Mustaqim sebabnya, Mustaqim tak layan sangat mainan. Jadi kalau buku tu ada gak dia main-main..walaupun dia campak-campak nanti dah pandai bermanfaat juga kan. Alhamdulillah sebab Mustaqim kalau pergi kedai mainan, dia macm tak minat sangat, tapi kalau p kedai buku, mak ai, bagai nak rak dia nak memunggah buku. 

Baru ingat masa nak bayar, casher beria-ia tanya, no i/c ini betul ke kak? dah cakap, betul la..2-3 kali cakap macam x percaya, sebabnya kami tulis no. i/c polis.heheh agaknya adik casher ini tak pernah tgk no i/c polis agaknya. 

Itu lah cerita kami berbelanja Buacer Buku 1 Malaysia.

Wassalam