Adat di Johor

 Alhamdulillah kesempatan yang ada dapat hadir ke majlis kahwin sahabat baik suami di muar. Muar nya di PARIT JAWA kalau xsilap la. al-maklumlah jarang sekali pergi Johor, nama tempat pun susah nak ingat. Majlis ni pada 20.11.11..bertolak dari seri kembangan jam 800pg kalau x silap. Sampai jam 1100 tengahari. Masa nk sampai ni si suami nk nak sampai cepat sebab kawan dia kata nak akad nikah jam sebelas. Punya cepat, alhamdulillah sampai umah pengantin perempuan saing dengan pengantin lelaki. 

Yang menjadi pengalaman baru bagi aku la terutamanya adalah, tengok majlis akad nikah di Johor ni. Punya la berkali-kali tok imam ni main try2..Adus susah mak ai..kalau bezakan dengan di perlis dah tok imam akad je, si pengantin lelaki cakap "Aku Terima" maka dah selesai dah..huhuuhuu susah ye kahwin ngn orang Johor. Adat ni kadang pelbagai kan..yang lagi satu yang kalau di Perlis xbuat adalah lafaz 'ala..xtau nk cita' pelbagai lafaz la..mak ayah pengantin pompuan buat lafaz..contoh: "wahai anakku, aku serahkan dikau kepada tanggungjawab suamimu, jagalah diri dan kehormatan suami. ...dan ...."..dalam hati nak nasihat kan boleh je nasihat masa lain, selagi hayat di kandung badan..hehehe tapi takpe la,,tgk je adat di Johor ni kan.


 Ni pula muka dua beranak yang dah lapar dengar pelbagai lafaz.."macam serah menyerah tugas la pula. tak dinafikan, tapi lama nya ambik masa. Kalau la pengantin lelaki ni cepat gabra , agaknya 10kali lafaz akad nikah pun x selesai lagi.campur tambah lafaz mak dan ayah pengantin perempuan lagi..

 Ummi ni lapar juga menunggu xselesai2 lagi acara.hehehe sempat posing jap..pastu ajak mustaqim yang dah bosan keluar jalan-jalan di luar umah . Apalagi nak tutup mulut mustaqim yang lapar ni, ambik pinggan letak nasi + daging bagi mustaqim makan. Nyum..nyummmm....tambah dengan air sirap..abah tengok je dari pintu umah, "mana la dua orang ni?" hehehe "abah, kami dah makan...:)"...... 

 Dah selesai semua , si suami makan dan kami pun bertolak balik...owh baru ingt nama tempat ni "Medan Asam Pedas Kg Nelayan". Haus pula nak balik ni..tgk kiri kanan ada jual cendol pula..jom layan cendol.

 Kami layan cendol Sri Muara..tulis harga RM 1.50..tapi bila aku nk bayar dia kata RM2.50..wah..wah..aku x puas hati tanya dia "kenapa mahal ni? harga tulis RM1.50 je.!" dia kata(penjual): "tu banner lama kak, kami xtukar lagi"..malas nak layan, bayar je la..dalam hati "eee...jahat ye..main naik turun harga mentang-mentang tgk plat keta utara!" minum dalam keta..."mcm budak tadika x cukup umur punya cendol"..geram je rasa..ahahha apalagi mula la kutuk Johor..Si Suami pula backup la..negeri kelahiran dan Muar pula tempat dibesarkan..heheheh gaduh kerana negeri kan..Kelakar betul..

Dalam perjalanan balik singgah jap umah atok Johor. Tengok tu atok lambai kami nak balik KL dah..heheeh singgah walaupun sekejap dah cukup kan bagi gembirakan hati orang tua. Alhamdulillah kami pun balik Kl..Nanti kalau ada kenduri lagi nak pergilah, nak tgk adat negeri lain pula..Insyaallah.