~Kerjaya~

Hari ni nk berkongsi cerita pasal kerjaya sebagai polis..heheh seronok ke jadi polis nih? apa sekali pun kerjaya kita itu adalah ketentuan tuhan pada kita sejak azali lagi ..betul tak? alhamdulillah saya dan suami sama sama dapat berkongsi kerjaya yang sama sebagai pegawai polis. Tetap sama dalam cawangan Trafik.Jadi dapatlah kami sama-sama kongsi cerita hal kerja sama-sama kan.



~Ini gambar kami berdua dalam uniform polis~

Syukur alhamdulillah sejak keluar dari PULAPOL , saya ditempatkan di Trafik Kl ni..seronok juga tau dok di Kl. Siapa cakap tinggal di K.L kos hidup mahal, mahal la kalau semuanya beli dan tunjuk tunjuk je kan. Nak jimat kena la rajin memasak. Masakan Isteri kan pengikat suami.heheeh. 

~ Ini pejabat saya/pegawai penyiasat trafik ~

Nak tau tak, jadi pegawai penyiasat trafik ni kena la berhadapan dengan kes-kes maut kat jalan raya tuh. untuk kawan-kawan semua, hati hati di jalan raya. Jalan raya di Malaysia adalah medan peperangan yang utama tau di Malaysia. Bukti? Pada opps sikap yang lepas di ibaratkan seramai 1 orang meninggal akibat jalan raya dalam tempoh setiap 20 minit. takut tak? ramai tak tahu bukan..jadi, kalau kita di atas jalan raya berhati hati dan ingat orang yang tersayang..insyaallah selamat. Mungkin kalau sebelum ni kalau dalam perjalanan kita selalu denagn lagu-lagu rock..lagu-lagu jiwang..apa kata kita ubah dengan perdengarkan bacaan-bacaan al-quran. Dengan ini hati kita lebih tenang dan dekat dengan Maha Pencipta..Insyaallah kita selamat.

Bagi kawan kawan kalau perlukan bantuan, hubungi la saya. insyaallah boleh tolong saya tolong ye..okayla.selamat bertugas. 

Nabi s.a.w. bersabda, "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-
lamanya. Dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." - 
Sahih Muslim