Pertumbuhan Gigi Kanak-kanak



Apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan gigi?
Pertumbuhan gigi ialah proses gigi tumbuh di dalam mulut bayi/ kanak-kanak. Biasanya pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.


Apakah tanda-tanda yang menunjukkan gigi anak anda tumbuh?
Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :

Menangis kerana tidak selesa.
Suka menggigit atau mengunyah.
Melelehkan air liur.
Demam (suhu badan meningkat sedikit).

Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan gangguan kesihatan yang teruk seperti demam panas dan cirit birit. Sekiranya ini berlaku, anak perlu dibawa ke klinik/ hospital dengan segera.

Apa yang boleh anda lakukan bagi melegakan rasa tidak selesa semasa pertumbuhan gigi?
Cuba petua di bawah untuk melegakan rasa tidak selesa anak anda:
Berikan benda yang keras, bersih dan selamat untuk digigit seperti gegelang gigitan.
Berikan ubat penahan sakit jika perlu.

Peringatan
Sapu sedikit gel penahan sakit pada gusi yang berkaitan kerana anak kecil tidak pandai meludah dan mungkin tertelan gel yang berlebihan.

Jadual pertumbuhan gigi
Rajah berikut menunjukkan peringkat pertumbuhan gigi susu







Jenis gigi
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

ANTARA perkara yang menggembirakan ibu bapa ialah melihat gigi pertama anak kesayangan mereka tumbuh. Dalam kegembiraan itu, ramai ibu bapa terlupa atau tidak tahu bahawa tanggungjawab menjaga gigi si kecil sudah bermula. Caranya mudah, iaitu membersih gigi dengan sehelai kain lembut yang dilembapkan setiap kali selepas disusu. Mungkin ada yang bertanya, adakah perkara ini perlu kerana gigi si kecil hanya ada sebatang, itu pun baru nampak seperti satu garisan halus.

Jawapannya perlu. Ia penting untuk memupuk tabiat menjaga kebersihan gigi sejak anak masih kecil, iaitu setiap kali selepas makan atau minum susu. Malah, ada doktor gigi berpendapat, ia boleh dilakukan lebih awal sebelum tumbuh gigi bagi membiasakan anak dengan amalan ini.